Kerjaya Lalisa Manobal

2016–kini: Blackpink, Real Man 300 dan Lilifilm Official

Pada 8 Ogos 2016, Lisa telah melakukan kemunculan sulungnya sebagai salah satu ahli dari 4 orang ahlid Kumpulan Kpop Korea Selatan BLACKPINK. Beliau merupakan satu-satunya artis bukan korea di bawah syarikat YG Entertainment. BLACKPINK telah mengeluarkan abum pertama mereka Square One dengan single lagu 'Boombayah dan Whistle' yang telah memperoleh Perfect All Kill dan menjuarai carta muzik di Korea Selatan setelah debut. Setakat ini , BLACKPINK telah mengeluarkan album studio bahasa JEPUN, BLACKPINK In Your Area (Live album) dan dua album mini iaitu Square Up dan Kill This Love.

Lisa juga telah menyertai program MBC military variety program REAL MAN 300 sebagai ahli sementara di mana beliau telah menjadi sebahagian daripada Tentera Korea pada bulan September 2018. Rancangan televisyen itu merupakan rancangan pertama solo beliau setelah debut. Kemunculan beliau telah mendapat anugerah 'Character Of The Year' daripada Anugerah MBC Entertainment. Pada bulan November, 2018 Lisa telah membuat chanel Youtube nya yang dikenali sebagai LiliFilm Official. Setakat bulan Mac 2020, beliau telah mempunyai lebih kurang 2.3 Juta pelanggan dan menerima Plak Butang Emas. Pada bulan oktober 2019, Lisa telah diumumkan akan menyertai program survival dikenali sebagai Youth With You: Idol Producer sebagai mentor tarian.